Monday, July 12, 2010

masih di perlukan?

hari ini jejaka aku ada perlawanan bola sepak,aku dari jam 3 dah terpacak dekat padang uni kami.aku duduk di sebelah jihan teman sebilikku,dari jauh aku merasakan ada mata lain yang memerhati tingkah laku jejaka ku,aku membisik ke telinga jihan.

wehh,aku rasa lyn tu mcm suka dekat jejaka aku lah.

jihan jawab

baru kau tahu ke ,satu fakulti dah kecoh dia dok minat dengan jejaka kau.sampai berfacebook bersama,ehh kau tak perasan ke ada satu wall tu dia update nama BF kau,ramai nak bagi tahu kau tapi dah jejaka kau tu halang.

saat itu dunia aku bagaikan hitam tak nampak apa-apa dah.aku membungkam muka ku dengan tangan,tak dapat ku halang air mataku dari berguguran jatuh ke pipi.aku menarik tangan jihan dan berlari pulang ke bilik,sampai sahaja di bilik aku menangis sepuas-puasnya sehinggakan aku tak perasan jam berapa aku tidur sedar-sedar sudah jam 7 ,aku bangun dengan wajah sunggul,aku melihat handphone ku.tiada sms atau misscall darinya .aku redha.mungkin aku sudah tidak diperlukan lagi dalam hidupnya.

selepas selesai mandi,aku menunaikan solat mahgrib dan bercadang hendak ke kafe untuk mengalas perut ku yang sedang memutarkan lagu noktah cinta.aku mengatur langkah ke kafe.nampaknya ramai orang di kafe almaklumlah perlawanan bola sepak sudah selesai memang kafe port mereka menghabiskan lelah penat.aku masuk kedalam kafe dengan wajah sungul dari kafe yang bingit terus menjadi diam seakan aku di perpustakaan.aku mendengar ada di antara mereka berbisik sesama sendiri.aku buat tak tahu sahaja,setelah makanan ku siap aku mengambil tempat jauh di sudut kafe .kelihatan satu kumpulan pemain bola sepak sedang duduk dan minum ,aku memerhati seorang demi seorang ,tiba-tiba mata ku lekat pada si jejaka ,dia tidak kesunyian dia di temani lyn.aku cuma tersenyum hambar melihat lyn memeluk tangan sasa si jejaka.

setelah habis makan aku pulang ke asmara dengan perasaan hancur berkecai

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio