Thursday, July 15, 2010

sendiri ku tanpa dia

masuk hari ini sudah seminggu aku pulang ke rumah ibu,menghabiskan cuti semester di sini,maknanya sudah seminggu juga aku tidak berhubung dengan si jejaka.entah apa khabarnya? aku kuatkan diri supaya jangan menelefonya atau menjeguk lelaman facebooknya,

aku bercadang hendak bercuti ke pulau.tapi belum confirm kemana.kata ibu ke tioman menarik.aku sekadar ikut sahaja,tak mahu bercakap banyak memang benar kepulangan aku kali ini ke rumah sangat berbeza.aku bercakap bila di soal.ya tuhan sampai bila begini kisah hidupku .aku rindu padanya.tapi dia rindu padaku?

Monday, July 12, 2010

masih di perlukan?

hari ini jejaka aku ada perlawanan bola sepak,aku dari jam 3 dah terpacak dekat padang uni kami.aku duduk di sebelah jihan teman sebilikku,dari jauh aku merasakan ada mata lain yang memerhati tingkah laku jejaka ku,aku membisik ke telinga jihan.

wehh,aku rasa lyn tu mcm suka dekat jejaka aku lah.

jihan jawab

baru kau tahu ke ,satu fakulti dah kecoh dia dok minat dengan jejaka kau.sampai berfacebook bersama,ehh kau tak perasan ke ada satu wall tu dia update nama BF kau,ramai nak bagi tahu kau tapi dah jejaka kau tu halang.

saat itu dunia aku bagaikan hitam tak nampak apa-apa dah.aku membungkam muka ku dengan tangan,tak dapat ku halang air mataku dari berguguran jatuh ke pipi.aku menarik tangan jihan dan berlari pulang ke bilik,sampai sahaja di bilik aku menangis sepuas-puasnya sehinggakan aku tak perasan jam berapa aku tidur sedar-sedar sudah jam 7 ,aku bangun dengan wajah sunggul,aku melihat handphone ku.tiada sms atau misscall darinya .aku redha.mungkin aku sudah tidak diperlukan lagi dalam hidupnya.

selepas selesai mandi,aku menunaikan solat mahgrib dan bercadang hendak ke kafe untuk mengalas perut ku yang sedang memutarkan lagu noktah cinta.aku mengatur langkah ke kafe.nampaknya ramai orang di kafe almaklumlah perlawanan bola sepak sudah selesai memang kafe port mereka menghabiskan lelah penat.aku masuk kedalam kafe dengan wajah sungul dari kafe yang bingit terus menjadi diam seakan aku di perpustakaan.aku mendengar ada di antara mereka berbisik sesama sendiri.aku buat tak tahu sahaja,setelah makanan ku siap aku mengambil tempat jauh di sudut kafe .kelihatan satu kumpulan pemain bola sepak sedang duduk dan minum ,aku memerhati seorang demi seorang ,tiba-tiba mata ku lekat pada si jejaka ,dia tidak kesunyian dia di temani lyn.aku cuma tersenyum hambar melihat lyn memeluk tangan sasa si jejaka.

setelah habis makan aku pulang ke asmara dengan perasaan hancur berkecai

Sunday, July 11, 2010

♥ untukmu jejaka lautan api sanggup ku redah

bintang-bintang berkedipan nun jauh di sana,sebentar tadi si jejaka meminta aku memakai jersi bola kesayangannya yang dia hadiahkan kepada aku.aku ni memang tidak minat sangat bola,tapi untukmu sayang aku tu turut.aku memakai baju jersi itu dan menunggu jejaka datang mengambil ku,

DEMAM BOLA.

itu lah yang melanda seluruh dunia termasuk jejaka ku.tapi demi dia aku rela menemani dia hingga jam 12 walaupun ada perlawanan jam 2 aku tak betah bertahana mengantuk.dia lelaki kudrat banyak untuk bertahan.aku memonolog seorang diri.

dari jauh kelihatan kereta satria neo kesayangan jejaka mengorak langkah dengan penuh gaya ke arah ku,dia membuka pintu untukku,aku tersenyum apabila dia memandang ku.semua tertanya-tanya bagaimana agaknya si jejaka ini punya paras rupa.anda boleh try google NOMAD KEYNOTE,muka jejaka ku iras-iras dialah tapi jejaka ku agak putih dari nomad.

sampai sahaja di kedai mamak berdekatan institiut kami ,aku mengambil tempat duduk dekat dengan screen supaya si jejaka puas melihat perlawanan,sepanjang perlawanan aku memerhati si jejaka yang terlampau excited dengan serangan demi serangan ,saat itu aku boleh melihat semua gelagat lelaki yang ada di situ.

aku tersenyum,demi mu sayang.tengok bola pun aku sanggup walaupun aku tidak berapa minat

Saturday, July 10, 2010

♥ malam ini

sayang ku ketika kau membaca surat ini,aku ingin kau tahu bertapa bosannya aku
malam-malam di hostel di temani dengan lampu meja yang kecil aku mencari idea untuk menulis ini untuk kau,dan kau akan membacanya sebelum kau tidur esok.

sayangku jejaka hati,
hari ini sudah genap 5 bulan usia percintaan kita.dan aku ingin kau tahu sejauh mana kau akan pergi aku tetap di sini,jangan kau sedih ketika di datangi masalah toleh lah kesebelah aku ada di sebelah mu tersenyum dan mengatakkan
sayang sabar,i ada untuk u.kita selesai kan masalah bersama ,jangan rungsing.

jika kita berjauhan satu hari nanti,sayang ku jika ingin mengubat rindu,kau renung lah bintang,ku sudah pinjamkan satu bintang yang akan terang malam itu untuk mu sahaja,kau ceritalah pada bintang itu betapa kau rindukkan aku,dah pasti bintang itu juga menerangi bumbung malam ku yang sunyi tanpa mu,bintang itu juga akan menyampaikan salam rindumu pada ku,

dan sayang,aku harap selama 5 bulan perhubungan kita ini,jika ada salah silap aku mengharap kau maakn sayang dan sayang ingatlah aku sudah memaafkan apa saja kesalahan mu pada ku,itu yang pasti.

aku cinta pada mu ,
juwita

♥ kehidupan ku bila ada kamu

aku menarik nafas sedalam dalam mungkin dan mula mencoret kita juwita dan si jejaka pilihan hatinya.

hari-hari ku dengan kehadiran dia di sisi memang menyenangkan.setiap pagi ,aku di kejutkan dengan aluanan suara lunaknya menyanyikan aku lagu cinta dan membisikkan kata rindu.setiap hari aku berjumpa dengannya di tempat pengajian kami setiap kali aku berpisah dengan dia buat seketika aku menjadi rindu dan tak keruan hidupku. hari ini ulang tahun dia yang ke 20 dan aku sudah aturkan temu janji dengannya.aku dengannya bergerak ke atas rooftop fakulti kami berdua,terima kasih kepada sahabat handai kerana telah menolong ku menyediakan makan malam yang palin istimewa antara aku dan si jejaka.

aku berdandan sehabis boleh untuk menjadi cantik untuknya malam ini.aku menunggu dia di tingkat bawah dengan penuh kesabaran ,dari jauh aku sudah nampak kelibat dia berjalan dengan gayanya ,aku tersenyum terima kasih ya tuhan kau telah kirimkan aku kekasih yang sempurna ,

aku terus mendapatkannya,
sayang i tutup mata dengan kain ni ok.nanti dah sampai i buka

dia mengangguk dan aku terus menutup matanya dengan selendang ku,aku memimpin dia naik ke rooftop.sampai sahaja di sana aku terus membuka ikatan kain tadi.kelihatan dia senang dengan hadiah ku ini.dia terus memeluk kan dan membisikkan ke telinga ku.
sayang,terima kasih banyak-banyak inilah hadiah yang terbaik yang pernah i dapat seumur hidup i.

aku dan dia berjalan ke arah meja yang telah di sediakan.dia menarik kerusi untukku dan dia duduk berhadapan dengan ku.aku tersenyum kami makan berteman kan bintang di langit,dan setelah kami habis makan aku mencapai biola kesayangan ku dan perlahan-lahan mengesel biola itu dengan penuh perasaan.lagu imran ajmain seribu tahun ku main kan ,dalam hatiku aku berbisik

sayangku,lagu ini adalah janji ku padamu.biar seribu tahun mendatang aku tetap menanti kau di sini di sisi sudut hati ini ,hanya nama mu tertulis di hati ini.biar seribu halangan mendatang aku akan tempuhi jua untuk bersama mu,biar seribu masa berlalu aku tetap menjadi milikku mu hari ini,saat ini dan selamanya.ketahui lah sayang hanya kau jejaka di dalam hati ku.

aku tersenyum apabila habis mengesek biola.aku memandang dia aku bilang.
sayang,hanya aku cinta kau seorang .

dia tersenyum dah menunjukkan tanda LOVE mengunakkan tangannya pada ku.aku tersenyum dia tertawa dan kami habiskan malam bersama dengan melihat bintang di langit ku harap esok masih cerah untuk kami berdua

ku ingin kamu

ku aturkan langkah pena untuk menulis ini,

kau yang pertama kali ku lihat,hati ku sudah terpikat.ku lihat kau buat kali ke dua kau senyum padaku.saat itu seakan dunia ku jauh melayang.ku atur langkah untuk mengenali mu,kau balas salam persahabatan dengan penuh keihklasan.aku gembira dengan kehadiran kau dalam hidupku ini.aku tidak mahu terburu-buru untuk menyatakan yang kau telah mencuri hati ku.sayangku,setiap senyum,kata-kata dan suara mu cukup membuatkan aku bahagia,setiap kali kau di landa masalah aku lah menjadi telinga yang setia mendengar setiap kali kamu sunyi akulah yang menjadi riang di hidup mu.

hati ku tidak keruan,rindu ku sudah mengatasi had aku telah atur segalanya,di bawah bintang-bintang berkerdipan di awan.di temani dengan cahaya nun bulan jauh di sana kau dan aku duduk di bangku dan tersenyum melihat tasik yang penuh dengan angsa putih berenang-renang seakan menyuruh aku cepat mengatakan apa yang ku pendam selama ini.Aku terus mengengam tangan mu dan melafaskan segalanya.

sayangku,sejak pertama aku melihat mu aku yakin kau untuk ku,semakin kita rapat semakin itu aku yakin aku terbaik untukmu.malam ini,dengan hati yang ikhlas,dengan jiwa yang sangat tenang dan fikiran yang sangat matang,aku ingin kau menjadi milikku,buat selamanya.aku tidak bisa janji kan bulan dan bintang sebagai hantaran cintakku padamu.tapi aku bisa janjikan kesetiaan,kejujuran dan cinta ku padamu.aku memang tak sesempurna zulaikha atau ratu balqis tapi percayalah sayang,aku bisa menjadi hawa dalam hati mu.

kau renung mata ku ,kau senyum dan aku dengan muka yang sangat tenang dan redha dengan apa jua keputusan mu berani membalas pandangan mu.kau menarik nafas dalam-dalam dan kau menjawab.

wahai juwita,
aku juga mencintaimu,tetapi jauh di sudut hati ku takut ingin meluahkan semua,aku takut aku tak bisa menjadi kekasih yang terbaik buat ku kerana kau lah perempuan yang sempurna dimataku,kelembutan mu.kejujuran mu,kesetiaanmu menunggu ku telah membuat kan aku terpesona dengan mu,senyumamu seaakn pengubat ketika aku rungsing.tapi sayang aku juga tak bisa janjikan emas permata tapi percayalah cintaku padamu lebih dari itu.

aku tersenyum dan tanpa ku sedar air mata ku mengalir dengan sendiri.aku bersyukur kepada mu ya tuhan kerana dia membalas cinta ku.aku berpimpinan tangan menyusuri tasik itu dengan harapan dia sentiasa di sisi ku dulu kini dan selamanya.
 
Blog Template by Delicious Design Studio